Make your own free website on Tripod.com

Home
Pengenalan
Stesyen Bumi
Satelit Amatur
Perkakasan
Perisian
Belanjawan Pautan
Jalinan
Simbol & Tafsiran
Istilah Yang Digunakan

Operator Radio Satelit Amatur Malaysiaright

Hubungi Kami | Cari | Siapa Kami | Pindahturun | Frekuensi | Nama Satelit        
OrSAM
Perisian AMSAT

Contoh Perisian yang dicadangkan oleh AMSAT untuk kawalan sebuah stesyen amatur satelit bumi.  

Perisian Yang Dicadangkan oleh AMSAT

Automasi Stesyen

bullet

WISP Windows

bullet

Program Station

Penjejakan Satelit

bullet

WinSAT (Windows)

bullet

Nova (Windows)

bullet

Nova (Dos)

bullet

AprTrack (Dos)

bullet

QuickTrack (Dos)

bullet

InstantTrack (Dos)

bullet

STSOrbitPlus (Dos)

bullet

Satellite Pro (Macintosh)

Pennyahkodan Telemetri

bullet

TLMDC II (Dos)

Program Lain-lain

bullet

Up/Down (Dos)

bullet

Instant Track Utilities Disk (Dos)

bullet

SATCRCS (Dos)

bullet

VEC2TLE (Dos)

bullet

KepLdr (Macintosh)

Jadual 5: Perisian AMSAT

Program Automasi Stesyen

WISP

 Program yang sangat popular untuk mengoperasikan satelit-satelit digital. Ia mengimplementasikan ke dua-dua protokol pautatas (seperti PG) dan protokol pautbawah (seperti PB). Ia menguruskan kesemua fail mesej, penjadualan satelit dan boleh memacu banyak jenis perkakasan pemutar antena. Sekiranya kita berkomunikasi dengan satelit Pacsat, kita harus menggunakan perisian ini.

Perisian ini boleh dikutip dari satelit atau boleh juga di dapati di laman web AMSAT. Perlu mendaftar di dalam AMSAT untuk mendapatkan harga yang murah.

Program Untuk Stesyen

 Program ini sesuai untuk beroperasi dengan satelit-satelit yang mempunyai transponder analog. Ia dapat mengawal antena dan radio. Ia juga boleh digunakan untuk melaraskan anjakan Doppler di dalam berbagai cara. Ia boleh didapati di dalam versi Windows 3.2, Windows for Workgroups 3.11, Windows 95 dan Windows NT.

Ia boleh didapati dari satelit atau dari laman web AMSAT. Perlu daftar dengan AMSAT untuk mendapatkannya.

Program Penjejakan Satelit

WinSat 2.0

Untuk Microsoft Windows. Keperluan minimum yang diperlukan adalah komputer 386/25 CPU dengan pemproses matematik, Kad VGA, Windows 3.1 atau Windows95 dan ruang cakera keras sebanyak 2 MB. Kelebihan:

bullet

Pemaparan bumi secara 3D dari satelit.

bullet

Pemaparan secara ortografik bumi. 

bullet

Window penjejakan menunjukkan pengiraan data orbit satelit dan maklumat stesyen amatur.

bullet

Pengkalan data stesyen mengandungi negara-negara DXCC. 

bullet

Pengkalan data satelit boleh menyimpan sehingga 100 satelit.

bullet

Berkesan untuk menjejak banyak satelit secara serentak (walaupun melalui lokasi stesyen amatur yang berbeza). 

bullet

Menyokong Penjejak Kansas City.

bullet

Jadual ephemeris satelit.

bullet

Pennyahkod satelit AO-13.

Nova (Windows)

 Untuk Windows 3.1 atau Windows 95. Keperluan minimum: Komputer 386 dengan pemproses matematik, Grafik VGA atau SVGA, RAM 4 MB, ruang cakera keras 12 MB. Kelebihan:

bullet

Lebih dari 150 peta berwarna.

bullet

Penjejakan beberapa satelit yang terhad dari beberapa pemerhati yang terhad, kesemua boleh dibuka melalui pengasingan window. 

bullet

Menjejak satelit-satelit, Bulan, Matahari, planet-planet dan banyak objek celestial.

bullet

Menyokong penjejak-auto bagi Penjejak SASI Sat, Penjejak Kansas City dan AEA ST-1 tidak menggunakan fail-fail TSR atau DLL.

Program tersebut boleh di dapati dari laman WEB AMSAT.

Nova (DOS)

Untuk PC IBM atau yang serasi. Keperluan sistem: 286 atau CPU yang lebih baik dengan pemproses matematik, Grafik VGA, ingatan 425 KB, ruang cakerakeras 2 MB dan tetikus serasi Microsoft. Kelebihan:

bullet

Skrin grafik dan teks dengan 16 peta diprojekkan kepada dua saiz termasuklah peta-peta ortografik, peta suhu angkasa, peta-peta ala radar dan peta-peta grid.

bullet

Menjejak satelit-satelit, Bulan, Matahari, planet-planet, punca hingar kosmik dan  kedinginan langit.

bullet

Menyokong penjejak-auto bagi Penjejak SASI Sat, AEA ST-1, Penjejak Kansas City, dan banyak lagi.

bullet

Pelaras-auto kepada banyak transceiver Icom, Kenwood dan Yaesu.

bullet

Pengkalandata lebih 2000 satelit.

 Program tersebut boleh di dapati dari laman WEB AMSAT.

 APRtrak

APRtrak adalah versi APRS (system bagi pemplotan secara automatik posisi stesyen paket lain dengan cara menerima mesej becon.). Ia akan memaparkan lokasi APRS dan GPS yang didengar dan juga boleh memaparkan lokasi sehingga sembilan satelit.

Ia serasi dengan komputer IBM, Grafik CGA, EGA atau VGA.

 QUIKTRAK 4.0

Untuk komputer IBM atau serasi dengannya. Keperluan minimum adalah DOS 3.0 atau terkini. Memerlukan 512K bagi grafik CGA tetapi perlukan 640K bagi VGA dan EGA. Kelebihan:

bullet

Pengguna boleh memilih grafik EGA-VGA atau CGA. Untuk mod penjejakkan satu satelit dan dua faktor skala dibekalkan, Pertama, seluruh dunia dan kedua adalah satu peringkat magnifikasi berdekatan posisi stesyen. Grafik kedua memaparkan beberapa satelit di dalam peta dunia.

bullet

Paparan data garisan Khatulistiwa atau masa-masa apogee dan lokasi.

bullet

Satelit-satelit yang kelihatan (MIR, kapalangkasa dan sebagainya). Mengesan dan menjejak pemerhati yang kelihatan.

bullet

Melicinkan kerja Penjejakan Auto untuk memberikan fungsi multi-satelit, secara tabular atau grafik. Menggunakan antaramuka, penjejak Kansas City piawai.

bullet

Memilih antara pengukuran Mean Anomaly di dalam darjah dan fasa Orbit di dalam fungsi penjejakan.

 

InstantTrack

 Untuk PC-IBM atau serasi. Memerlukan RAM sebanyak 512K. Sebarang resolusi pemaparan teks tetapi memerlukan EGA atau VGA untuk memaparkan grafik.

Kelebihan:

bullet

Memperlihatkan posisi satelit kegemaran apabila memulakan program. 

bullet

Memaparkan azimuth, elevation, julat, anjakan Doppler, kehilangan, sudut squint, posisi sub-stesyen (di dalam latitud/longitud, grid dan bandar terdekat), koordinat Kartesan bagi pemerhati dan satelit, masa ketibaan satelit, mod satelit, Ascensi kanann Declinasi, suhu angkasa dan banyak lagi.

bullet

Warna beresolusi tinggi untuk peta bumi, memperlihatkan posisi satelit dan pemerhati.

bullet

Kemaskinikan elemen Keplerian secara automatik menggunakan teks berformat AMSAT dan NASA.

bullet

Boleh melihat jadual bagi satelit bagi tiga minggu akan datang atau daual untuk 20 satelit untuk satu hari.

bullet

Mod latarbelakang yang unik membolehkan penjejakan satelit-satelit dan pengawalan rotor antena dilakukan semasa menjalankan program lain.

bullet

Menjejak Matahari dan Bulan dengan baik.

bullet

Menyokong pengkalandata bagi lokasi 200 satelit dan 50 pemerhati.

bullet

Termasuk sekali adalah pengkalandata bagi 1754 bandar seluruh dunia.

bullet

Lokasi pemerhati boleh diketahui dengan cara memasukkan beberapa huruf nama bandar mereka.

bullet

Menunjukkan bila satelit-satelit boleh melihat antara satu sama lain dan bila mereka berada di dalam elip.

bullet

Kehilangan diantara pemerhati dan satelit dapat dikira.

 

STSOrbit Plus

 Untuk PC-IBM atau serasi. Program ini dibangunkan untuk menjejak Kapalangkasa NASA dan satelit yang lain. Ia memaparkan posisi orbit di dalam peta global semasa sesuatu misi NASA diadakan. Pemaparan akan menyalin peta di dalam Pusat Kawalan Misi NASA. Stesyen Penjejak Bumi NASA dan menjejak Satelit-satelit data relay dipaparkan di dalam peta. Data orbit boleh dimasukkan secara manual bagi misi kapalangkasa, tetapi elemen Keplerian 2 barisan NASA/NORAD mungkin secara automatik digunakan bagi semua satelit.

 Satellite Pro

 Untuk komputer Macintosh, program ini memerlukan 1MB atau lebih ingatan dan pemacu disk 800K. Sokongan pencetak termasuklah Apple LaserWriter, ImageWriter (termasuk LQ), dan GCC Personal LaserPrinter. Empat mod Satellite Pro, LOCATE, TRACK, SCHEDULE dan WINDOW digabung bersama dengan pilihan lima paparan grafik, RECTANGULAR, POLAR, GREAT-CIRCLE, PERSPECTIVE dan VIEW from SPACE untuk memperlihat kesemua imej.  Mod LOCATE memberikan penglihatan yang cepat terhadap status semasa satelit sama ada secara data turbular atau secara grafik. Pengkalandatanya boleh menyimpan elemen orbit bagi 30 satelit. Mod TRACK memberikan data posisi satelit di dalam unit langkah dari 0.001 minit ke 60 minit. Data termasuklah latitud, longitud, altitud, elevation, azimuth, julat, anjakan Doppler, fasa Orbit, nombor orbit dan sudut squint. Jika pemaparan secara grafik dipilih maka posisi dan lokasi satelit akan dipaparkan. Mod SCHEDULE akan menghasilkan jadualwaktu yang menunjukkan masa ketibaan satelit yang dipilih untuk jumlah hari yang diberikan Mod WINDOW memberikan data penjejakan waktu biasa dimana satelit kelihatan dari pemerhati dan lokasi yang lain.

Program Penyahkod Telemetri

TLMDC II

Untuk PC-IBM atau serasi. Program ini mempunyai antaramuka yang mesra pengguna, fleksibel fail, dan berkebolehan untuk menyimpan data yang dinyahkod. Ia mennyahkod data dari Mikrosat (AO-16, WO-18, LU-19 dan DO-17) dan memaparkan nilai di dalam unit kejuruteraan. Ia akan menyimpan data KISS, ASCII atau unit-unit kejuruteraan di dalam fail yang boleh dicetak kemudian. Fail yang disimpan dengan program ini atau program komunikasi yang lain boleh dibaca dan boleh dinyahkod.

Topik Berkaitan

[Kembali][Konfigurasi][Contoh Perisian][Perisian Amsat][Lain-Lain Perisian]

*DOS & Windows 95 are registered trademark to Microsoft Corporation.

 

Berita Satelit Amatur

Seminar mengenai satelit mikro TiungSAT-1 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2002. 20 Kertas Kerja akan dibentangkan oleh penyelidik dari UTM, UPM, USM, UKM, FRIM, MARDI dan KUSTEM. Sila hubungi 607-5502904 atau email Dr. Azmi

 

Berita Operator

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang Satelit TiungSAT-1, sila hubungi Dr. Ahmad Sabirin Atau Khairul

 
Lihat Komen
Tulis Komen

 
  

  Return to Top    

Sebarang pertanyaan sila hubungi orsam2020@lycos.com.  07/24/02