Make your own free website on Tripod.com

Home
Pengenalan
Stesyen Bumi
Satelit Amatur
Perkakasan
Perisian
Belanjawan Pautan
Jalinan
Simbol & Tafsiran
Istilah Yang Digunakan

Operator Radio Satelit Amatur Malaysiaright

Hubungi Kami | Cari | Siapa Kami | Pindahturun | Frekuensi | Nama Satelit        
Satelit Amatur
OrSAM

Pengenalan

                Terdapat banyak Satelit Amatur yang telah dilancarkan ke orbit. Antara yang paling menonjol adalah satelit-satelit yang dibangunkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik, Universiti Surrey. Setelah hampir 15 tahun UoSAT dan SSTL membangunkan, membina dan melancar sebilangan satelit mikro  berkos rendah dan seberat 50kg. Sebilangan dari satelit-satelit tersebut boleh digunakan oleh amatur-amatur satelit. (Senarai satelit)

 Selain dari siri satelit UoSAT yang dibangunkan, salah satu satelit amatur yang telah dilancarkan adalah satelit mikro TiungSAT-1. Satelit TiungSAT dibangunkan hasil perpindahan teknologi yang telah sedia ada di Surrey. Ia merupakan Satelit buatan Malaysia yang pertama dengan hasil kerja keras beberapa jurutera dan pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Syarikat Telekomunikasi serta Angkatan Tentera Malaysia di bawah penyeliaan Prof. Madya Dr. Zainul Abidin Bin Abdul Rashid, pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem UKM..

Berikut merupakan tujuan utama misi TiungSAT-1

bullet

Pendidikan

bullet

Perikanan

bullet

Pengurusan hutan

bullet

Pemerhatian Lalu-lintas

bullet

Penjagaan sungai

bullet

Sains angkasa

bullet

Kegunaan ketenteraan

bullet

Pengesanan minyak

bullet

Penjejakan lokasi kapalterbang

bullet

terhempas

bullet

Ribut

bullet

Pemetaan

bullet

Laporan meteorologikal

TiungSAT-1 dibangunkan bukan untuk tujuan komersial kerana ia menggunakan jalur frekuensi Radio Amatur bagi komunikasi antarabangsa. Walaubagaimanapun ia boleh digunakan untuk tujuan pendidikan dan demontrasi.

Program Pendidikan TiungSAT-1 adalah seperti berikut:

bullet

 Untuk mengenalpasti sebarang aktiviti pendidikan menggunakan satelit dan objektif pendidikan.

bullet

Untuk mengenalkan satelit secara pendidikan formal (sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi) dan tidak formal (muzium-muzium, radio dan TV) dan mengaturkan segala akticiti.

bullet

Untuk mengadakan pendidikan penting dalam sistem satelit.

bullet

Untuk mengenalkan pengeluaran perkakasan, perisian dan bahan bacaan.   

bullet

Untuk mengenalkan teknologi sistem satelit pada masa akan datang

 Hasil dari aktiviti yang dinyatakan di atas diharap akan menepati ramalan-ramalan berikut:

Penerimaan Telemetri

Menerusi penerimaan telemetri pengguna akan memahami keadaan termal sekeliling satelit, mempelajari orbit mekanik dan mempelajari penyelesaian altitud dan kawalan.

Imej

Mempelajari bagaimana untuk mengoperasikan Sistem Imej Bumi dan penggunaan alat kawalan pengesan muatan menerusi aktiviti berikut:

bullet

Mengambil imej sasaran

bullet

Menukaran imej di dalam bentuk katalog

bullet

Pemprosesan imej dan pengedaran

         Komunikasi Digital

     Mempelajari bagaimana untuk mengoperasikan Sistem Komunikasi Simpan dan Hantar (S&F) dan penggunaan  komunikasi muatan menerusi penghantaran dan penerimaan data berikut:
bullet

Faks

bullet

Suara Digital

bullet

Email

bullet

Pemindahan fail

bullet

Pemindahan imej

Penggunaan Komunikasi untuk tujuan demontrasi (pengenalan)

bullet

Teleperubatan

bullet

Ketenteraan

bullet

Email global

bullet

Politik

Beberapa sekolah dan Universiti telah terlibat di dalam projek satelit ini 

Ciri-ciri yang terdapat di dalam TiungSAT-1:

bullet

Komputer 80C186/386EX

bullet

Penyimpan data 16MB

bullet

Sistem operasi pelbagai guna.

bullet

Sistem telemetri dan telearahan VHF/UHF.

bullet

Antena polar linear.

bullet

4 susunan bateri solar GaAs berkepekaan tinggi.

bullet

Bateri Nicad 14 volt, 7Ah, 10 sel.

Sub-sistem Elektronik

Untuk mengadakan fungsi penjagaan, satelit mestilah mengadakan elemen primer berikut:

bullet

Sistem Kuasa

bullet

System RF

bullet

Pembetulan altitud dan Kawalan Sistem (ADCS).

bullet

Telemetri dan telearahan (TTC)

bullet

Pemegang data (OBDH)

Keterangan ringkas mengenai Sub-sistem.

Sistem Kuasa 

Sistem kuasa mengandungi 4 panel solar membekalkan kuasa kepada pek bateri NiCad 14V (Mengapa tidak guna PLI?). Pengatur Cas Bateri (BCR) dan Modul Keadaan Kuasa (PCM) merupakan dua sistem yang dibina untuk menyelesaikan masalah kerosakan satu titik.

Sistem RF

Sistem Rf mengandungi tiga penerima VHF dan dua penghantar UHF. Tiga penerima tersebut disambungkan kepada satu antena dengan penerima RX0 selalunya digunakan untuk arahan dan ia tidak disambung dengan penguat berhingar rendah (LNA) untuk mengurangkan kerosakan dan beban lampau. Penghantar termasuklah susunan pemodulat dan keluaran multipembilang membolehkan pensuisan berbagai jenis punca audio semasa pautbawah, termasuk juga modem yang berbeza dan audio gelungbelakang dari penerima.

Pembetulan Altitud dan Sistem Kawalan 

             Sistem ADCS termasuklah sistem magnetometer kembar, pengesan matahari dan pengesan horizon bumi dan meterkilas bagi kawalan altitud.  

Sistem Telemetri dan Telearahan (TTC) 

             Sistem TTC mengandungi modul penyahkod dan modul telemetri. Sistem ini secara normalnya  dikawal melalui komputer.

Sistem Penyimpan Data

           Komputer primer mempunyai OBC186 dimana ia termasuklah pembendung program ingatan 512K dan 768K bagi Pengesan Kesalahan dan Pembetulan (EDAC), dan disambungkan kepada 16MB CakeraRAM untuk menyimpan data.

Contoh Data Tentang Satelit

Nama

UoSat-OSCAR 22

Nombor Katalog

21575

Set Elemen

732

Masa Epoch

96332-25838982

Mean Anomaly

226.716900

Mean Motion

14.370456

Inclinasi

98.333300

Eccentrisiti

0.000828

Argument of Perigee

133.468400

NAAN

33.634600

Decay

0.00

Nombor Orbit

28148

Frekuensi Beacon

0.0000

            Jadual 1: Data Satelit

Topik Berkaitan

[Nama Satelit][Senarai Satelit]

 

 

Berita Satelit Amatur

Seminar mengenai satelit mikro TiungSAT-1 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2002. 20 Kertas Kerja akan dibentangkan oleh penyelidik dari UTM, UPM, USM, UKM, FRIM, MARDI dan KUSTEM. Sila hubungi 607-5502904 atau email Dr. Azmi

 

Berita Operator

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang Satelit TiungSAT-1, sila hubungi Dr. Ahmad Sabirin Atau Khairul

 
Lihat Komen
Tulis Komen

 
  

  Return to Top    

Sebarang pertanyaan sila hubungi orsam2020@lycos.com.  07/24/02