Make your own free website on Tripod.com

Home
Pengenalan
Stesyen Bumi
Satelit Amatur
Perkakasan
Perisian
Belanjawan Pautan
Jalinan
Simbol & Tafsiran
Istilah Yang Digunakan

Operator Radio Satelit Amatur Malaysiaright

Hubungi Kami | Cari | Siapa Kami | Pindahturun | Frekuensi | Nama Satelit        
OrSAM
Konfigurasi Perisian

Konfigurasi Minima Perisian

Versi Windows95 dan DOS 

Diberikan dua contoh perisian yang serasi untuk digunakan

(A)              WISP

(B)              WinOrbit

 Sistem WISP

 WiSP adalah pakej pelbagai program digunakan untuk beroperasi dengan Satelit Mikro Radio Amatur. Terdapat tujuh program di dalam pakej yang digunakan.

 Program-program tersebut adalah -:

          GSC (Kawalan Stesyen Bumi).  Program ini mengadakan fungsi pembersihan dan penjadualan.

        MSPE (Enjin Protokol MikroSat).  Program ini mengadakan segala fungsi penghantaran dan penerimaan yang diperlukan.

         View-Dir (Buka Direktori).  Ia mengadakan fungsi pemaparan direktori dan pemaparan mesej yang diterima.

         MsgMaker (Pembuat Mesej).  Semua mesej yang dicipta dibuat melaluinya. Ia memberikan kemudahan pembuatan mesej yang besar dan fleksibel.

         ProcMail (Proses Mel). Memproses mesej yang diterima dari satelit dan meletakkan mesej tersebut ke dalam direktori yang dipilih untuk tujuan pemaparan.

          MsgView (Pembuka Mesej). Memaparkan semua mesej berbentuk ASCII yang diterima dari satelit. Mesej boleh dibuang melaluinya.

        UpdKeps (Kemaskini Keplerian). Mengemaskini tapakdata keplerian secara automatik apabila data keplerian baru diterima dari satelit.

         WiSP-TLM. Pennyahkod Telemetri WISP yang bekerja dengan MSPE untuk memaparkan telemetri masa sebenar semasa satelit masih melintas ruang angkasa.

 Semua program berinteraksi antara satu sama lain di dalam sebarang perubahan yang dilakukan. Sebagai contoh, apabila membina satu mesej yang baru untuk penghantaran menggunakan MsgMaker, ia akan memberitahu MSPE bahawa terdapat satu fail baru sedia untuk penghantaran.

            Memecahkan sistem kepada enam program kecil adalah lebih fleksibel dan lebih mengurangkan penggunaan kuasa sistem. Ia boleh membuka banyak mesej di dalam satu-satu masa. Kita boleh membuang atau menampalkan mesej di dalam window yang berbeza di dalam satu masa. Mesej boleh dibuka semasa proses penghantaran dan penerima sedang berlangsung. Sistem WISP boleh memilih frekuensi yang sesuai secara automatik sebelum menghantar mesej.

 Keterangan ringkas Fail-fail WISP.

          Fail-fail perlaksana seperti,

GSC.exe

GSC (Kawalan Stesyen Bumi) mengadakan penjagaan fail, penjadualan dan fungsi pembangunan perisian untuk menjadikan stesyen bumi lebih automatik.

Program WISP yang lainnya boleh dijalankan dari GSC, pengubahsuaian fail pengiraan, fail-fail yang tidak diperlukan juga boleh dibuang melalui GSC.

Pembangunan stesyen dan pembangunan satelit mesti disempurnakan sebelum program GSC dijalankan. Kawalan Stesen Bumi Umum perlu dijalankan untuk memastikan sistem boleh beroperasi pada tahap yang paling optima.

Msgmaker.exe (Menghantar mesej)

Boleh dijalankan di dalam program GSC

Msgview.exe

Membaca dan boleh membuang mesej yang diterima

MSPE.exe

 Program umum MSPE

 MSPE adalah Enjin Protokol MikroSat.  Ia adalah penggerak utama perisian stesen bumi mikrosat, dan mengadakan fungsi penghantaran dan penerimaan. MSPE menggunakan perisian TNCnya yang tersendiri untuk beroperasi. Perisian ini mengetahui apa yang berlaku pada protokol peringkat pemindahan AX.25.

 Pelarasan Satelit

 Satelit hendaklah dilaraskan sepenuhnya sebelum satelit tersebut boleh digunakan oleh sistem. Nama-nama, tanda panggilan dan direktori mesti dicatatkan dengan betul supaya sistem boleh beroperasi dengan semua satelit.

 Pilihan pelarasan satelit

 Nama

Nama satelit yang akan tertera di dalam menu pilihan. Nama satelit mestilah dieja dengan tepat seperti yang tercatat di dalam set-set elemen NASA/AMSAT supaya sistem kawalan dapat menjanakan maklumat pengesanan.

 Tandapanggilan Siaran

Ia adalah tandapanggilan untuk satelit menghantar paket siaran buletin.

 Tandapanggilan BBS

Ia adalah tandapanggilan yang digunakan oleh sistem untuk menghantar fail ke satelit.

Tandapanggilan NUP

Ia adalah tandapanggilan yang digunakan oleh protokol penghantar baru (New Upload Protocol) untuk penghantaran fail kepada satelit.

 Fail TLM

Boleh dimasukkan nama fail konfigurasi telemetri. WISP-TLM akan membaca maklumat ini.

 Pelarasan Komunikasi

Setiap satelit perlu mempunyai satu set parameter komunikasi. Ini termasuklah Port COM, Baud rate, jenis TNC, mod DSP dan sebagainya. Guna masa satelit untuk kemaskinikan masa.

Jika pilihan ini diperiksa, masa komputer akan dikemaskinikan dari masa satelit. Pilihan ini boleh dipilih bagi satelit yang betul-betul mempunyai penyelenggaraan masa yang tepat dan lain-lain lagi.

UpdKeps.exe (Pengemaskini data kepletarian)

UpdKeps akan mengemaskinikan fail WISP.KEP apabila fail elemen keplerian  yang baru diterima dari satelit.

ViewDir.exe

Dari program ini boleh memaparkan direktori fail satelit, membaca mesej dan membuang mesej. Pencarian mesej boleh juga dijalankan.

Fail-fail teks

MSPE-Equation.text

Semua ayat di dalam fail pengiraan adalah kes yang tidak sensetif dan ia boleh diubahsuai mengikut kemahuan atau di dalam bahasa yang mudah difahami.

UserList.text

Senarai nama-nama amatur berdaftar yang menggunakan perisian ini.

         Fail sambungan penggunaan

 RR.dll

Digunakan oleh program GSC untuk menjalankan operasi.

         Fail Keplerian

 WISP.kep

Merupakan fail telemetri keplerian yang bolehubah sama ada dengan melakukan pengubahsuaian sendiri atau berubah apabila satelit menghantar maklumat telemetri yang baru.

         Fail data jadual

 WISP Schedule.dat

Kotak jadual hendaklah dimasukkan data di dalam format tertentu seperti MA mesti dimasukkan dengan tiga digit, garisan jadual dimulakan dengan nombor MA (selalunya 000). Mod maklumat boleh dimasukkan sehingga lima digit diantara nilai MA. Lebih dari 64 karektor boleh dimasukkan di dalam jadual.

Contoh: Bagi satelit AO-13, jadual transponder mungkin seperti berikut;

Mode-B           :           MA  30 hingga MA 150 |           tutup

Mode-B           :           MA 150 hingga MA 190 |

Mode-BS         :           MA 190 hingga MA 218 |

Mode-S            :           MA 218 hingga MA 220 |    S beacon

Mode-S             :           MA 220 hingga MA 230 | S transponder; B trsp. ditutup

Mode-B            :           MA 230 hingga MA  30 |         Alon/Alat 230/0

Omni                 :           MA 250 hingga MA 140 |

 Dan mod jadual boleh dimasukkan seperti berikut;

00B Om030OFF150B190BS218S Bec220S230B250B Om

          Fail bantuan

Wisp.hlp

Fail bantuan. Sila rujuk fail tersebut untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.         

Topik Berkaitan

[Kembali][Konfigurasi][Contoh Perisian][Perisian Amsat][Lain-Lain Perisian]

*DOS & Windows 95 are registered trademark to Microsoft Corporation.

 

Berita Satelit Amatur

Seminar mengenai satelit mikro TiungSAT-1 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2002. 20 Kertas Kerja akan dibentangkan oleh penyelidik dari UTM, UPM, USM, UKM, FRIM, MARDI dan KUSTEM. Sila hubungi 607-5502904 atau email Dr. Azmi

 

Berita Operator

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang Satelit TiungSAT-1, sila hubungi Dr. Ahmad Sabirin Atau Khairul

 
Lihat Komen
Tulis Komen

 
  

  Return to Top    

Sebarang pertanyaan sila hubungi orsam2020@lycos.com.  07/24/02