Make your own free website on Tripod.com

Home
Pengenalan
Stesyen Bumi
Satelit Amatur
Perkakasan
Perisian
Belanjawan Pautan
Jalinan
Simbol & Tafsiran
Istilah Yang Digunakan

Operator Radio Satelit Amatur Malaysiaright

Hubungi Kami | Cari | Siapa Kami | Pindahturun | Frekuensi | Nama Satelit        
Pengenalan
OrSAM

Sejak dari pelancaran satelit amatur yang pertama (OSCAR-1) pada tahun 1961, kemajuan teknologi satelit amatur telah berkembang dengan pesatnya. Sehingga kini lebih dari 30 satelit amatur (lihat senarai satelit) telah berada di orbit rendah. Organisasi Amatur Radio Satelit (AMSAT) ditubuhkan pada tahun 1969 bagi meneruskan usaha-usaha yang dilakukan oleh sekumpulan operator amatur satelit yang terdahulu (Projek OSCAR). Sehingga kini terdapat beberapa kumpulan AMSAT dari negara lain seperti kumpulan AMSAT dari German menggunakan nama AMSAT-DL, Jepun pula menggunakan perkataan JAMSA, kumpulan AMSAT dari Brazil pula menggunakan nama BRAMSAT sebagai nama rasmi. Dan Satelit Amatur Malaysia yang pertama menggunakan nama TiungSat 1.

                 Satelit Mikro TiungSat 1 telah dilancarkan ke orbit pada 20 September 2000 menggunakan roket pelancar Dnepr di tapak pelancar Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.

Definasi satelit amatur adalah seperti berikut:

bullet
Ia bukan satelit untuk tujuan komersial.
bullet
Ia dibangunkan untuk kegunaan amatur radio.
bullet
Ia direka dan dibangunkan oleh amatur radio sendiri.
bullet
 Ia ditujukan khas kepada pengguna radio amatur di seluruh dunia sebagai saluran komunikasi persendirian.

Ketinggian (altitud) satelit amatur dari bumi adalah di dalam lingkungan 500 km hingga 1500 km (orbit rendah LEO). Kebaikan menggunakan orbit rendah tersebut adalah untuk menyenangkan penjejakan satelit, memudahkan operasi penghantaran dan penerimaan isyarat satelit dan memerlukan kos pelancaran ke orbit yang murah. 

Tiga jenis orbit yang sering diletakkan satelit amatur adalah:

bullet

Orbit segerak bumi

bullet

Orbit kutub

bullet

Orbit elips condong.

 

Jalur Frekuensi Satelit Amatur

            Julat-julat  frekuensi* yang digunakan oleh satelit amatur adalah seperti berikut: 

7.000   7.100 MHz                   Pautatas dan pautbawah

14.000 14.250 MHz                 Pautatas dan pautbawah

21.000 21.450 MHz                 Pautatas dan pautbawah

28.000 29.700 MHz                 Pautatas dan pautbawah

144.00 146.00 MHz                 Pautatas dan pautbawah

435.00 438.00 MHz                 Pautatas dan pautbawah

1260.0 1270.0 MHz                 Untuk Pautatas sahaja

2400.0 2450.0 MHz                 Pautatas dan pautbawah

5650.0 5670.0 MHz                 Untuk Pautatas sahaja

5830.0 5850.0 MHz                 Untuk Pautbawah sahaja

10.450 10.500 GHz                   Pautatas dan pautbawah

24.000 24.050 GHz                   Pautatas dan pautbawah

47.000 47.200 GHz                   Pautatas dan pautbawah

75.500 76.000 GHz                   Pautatas dan pautbawah

142.00 144.00 GHz                   Pautatas dan pautbawah

248.00 250.00 GHz                   Pautatas dan pautbawah

Jadual 1: Frekuensi Satelit Amatur Dan Kegunaan

Mod Operasi Satelit Amatur

Mod operasi satelit amatur menerangkan tentang jalur frekuensi yang digunakan untuk pautbawah dan pautatas.

Mode A

Pautatas

145.850 - 145.950 MHz

Pautbawah

29.400- 29.500     MHz

Mode B

Pautatas

435 MHz

Pautbawah

145 MHz

Mode C

Mod B Berkuasa Rendah

Mode D

Untuk Telemetri Sahaja

Mode J

Pautatas

145.800 - 146.000 Mhz

Pautbawah

35.000 - 438.000 MHz

Mode JA

Pautatas

145.900 - 146.000 MHz

Pautbawah

435.800 - 435.900 MHz

Mode JD

Pautatas

145.850 - 145.910 MHz

Pautbawah

435.910 MHz

Mode JL

Pautatas

145 dan 1215 MHz

Pautbawah

435 MHz

Mode K

Pautatas

21 MHZ

Pautbawah

29 MHz

Mode K

Pautatas

21 dan 145 MHz

Pautbawah

29 MHz

Mode KT

Pautatas

21 MHz

Pautbawah

29 dan 145 MHz

Mode L

Pautatas

1260.00-1270.00 MHz

Pautbawah

435.00-438.00 MHz

Mode S

Pautatas

435 MHz

Pautbawah

2305 MHz

Mode T

Pautatas

21 MHz

Pautbawah

145 Mhz

            Jadual 2: Mod-Mod Operasi Satelit Amatur

 Mod Satelit OSCAR 3D

 Bagi satelit OSCAR (Orbiting Satellite Carrying Amateur Radio) fasa 3D pula menggunakan binaan mod operasi yang berlainan. Untuk satelit ini jenis ini, penerima dan penghantar dihubungkan oleh sejenis suis matrik yang dapat menghubungkan penerima pada mana-mana jenis penghantar. Setiap jalur frekuensi diistilahkan oleh satu huruf dan mode pula diterangkan oleh kombinasi 2 kumpulan huruf yang mana huruf yang pertama mewakili jalur pautatas dan huruf yang kedua pula mewakili pautbawah.

            Huruf yang mewakili setiap jalur adalah seperti berikut:        

Mod      Julat Frekuensi

C         5650.0-5670.0 MHz     

L          1260.0-1270.0 MHz     

S          2400.0-2450.0 MHz

U         435.0-438.0 MHz

V         144.0-146.00 MHz

X         10450-10500 MHz

               Jadual 3: Mod-Mod Operasi Satelit OSCAR 3D

 Sebagai contohnya untuk jalur mode B yang digunakan sebelum ini (435 up/145 down) akan menjadi mode UV dan bagi mode L pula (1290 up/435 down) akan menjadi mode LU.

Muatan Satelit Amatur

Muatan (payload) yang dibawa oleh Satelit Amatur menentukan fungsi sebenar satelit tersebut. Ia juga secara tidak langsung menentukan operasi penghantaran dan penerimaan stesyen bumi. Antara muatan yang sering dibawa oleh satelit (sebagai contoh, Satelit TiungSAT-1*) seperti berikut:

bullet

Kamera CCD Imej Bumi Meteorologikal

bullet

Kamera-kamera CCD Imej Bumi Multi-Spektral.

bullet

Komunikasi Simpan dan Hantar Digital (S&F).

Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

 

Berita Satelit Amatur

Seminar mengenai satelit mikro TiungSAT-1 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2002. 20 Kertas Kerja akan dibentangkan oleh penyelidik dari UTM, UPM, USM, UKM, FRIM, MARDI dan KUSTEM. Sila hubungi 607-5502904 atau email Dr. Azmi

 

Berita Operator

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang Satelit TiungSAT-1, sila hubungi Dr. Ahmad Sabirin Atau Khairul

 
Lihat Komen
Tulis Komen

 
  

  Return to Top    

Sebarang pertanyaan sila hubungi orsam2020@lycos.com.  07/24/02