Make your own free website on Tripod.com

Home
Pengenalan
Stesyen Bumi
Satelit Amatur
Perkakasan
Perisian
Belanjawan Pautan
Jalinan
Simbol & Tafsiran
Istilah Yang Digunakan

Operator Radio Satelit Amatur Malaysiaright

Hubungi Kami | Cari | Siapa Kami | Pindahturun | Frekuensi | Nama Satelit        
Perkakasan
OrSAM

STESYEN BUMI

 Stesyen satelit bumi amatur merupakan suatu sistem yang terdiri daripada beberapa rangkaian komponen asas seperti antena, radio, TNC (terminal pengawal nod), komputer dan penguat (atau pra-penguat). Sistem ini berfungsi sama ada untuk menghantar dan menerima isyarat ke atau dari satelit. Terdapat beberapa jenis mod isyarat yang digunakan oleh amatur sama ada kod Morse, Paket, RTTY, GTOR dan sebagainya. Mod isyarat ini bergantung kepada perkakasan penghantar dan penerima yang terdapat di dalam sistem.                      

Keterangan Ringkas Bagi Komponen Stesyen Satelit Bumi

Antena

            Antena merupakan peralatan yang terawal sewaktu menerima isyarat dan terakhir ketika menghantar isyarat. Ia merupakan peralatan utama bagi komunikasi tanpa wayar dan peralatan yang amat penting di dalam pembinaan stesyen bumi. Terdapat berbagai jenis antena yang boleh digunakan untuk stesyen bumi amatur seperti antena dwipolar atau antena kembar, antena pelbagai jalur, antena Marconi, antena satah bumi, antena beban menegak, antena Yagi dan sebagainya.

            Secara asasnya pemilihan antena terutamanya untuk stesyen bumi  adalah bergantung kepada frekuensi, lebarjalur, harga, berat, saiz, gandaan (dB) dan faktor hingar (dB).

            Terdapat beberapa jenis pengeluar  antena di dalam pasaran dengan berbagai jenis antena boleh diperolehi. Antaranya KLM*,  M2*, Hygain* dan Cushcraft*.

Pra-Penguat dan Penguat

            Pra-penguat dan penguat dipilih berdasarkan ciri-ciri dimana stesyen bumi memerlukan sedikit peningkatan untuk menjadikannya lebih bagus. Penguat adalah komplimen yang baik kepada sebarang stesyen dan boleh memulihkan segala aktiviti VHF dan UHF kerana ia memberikan peningkatan di dalam kuasa isyarat. Sekiranya dipasang dengan pra-penguat pula akan meningkatkan kuasa isyarat penerima dengan baik. Pemilihan penguat adalah bergantung kepada gandaan kuasa, faktor hingar, jalur sistem dan kuasa yang diperlukan oleh sistem.

 Berikut adalah spesifikasi perbezaan corak hingar bagi empat sistem penerima stesyen bumi. 

Peringkat   Faktor hingar      Corak hingar   Gandaan      Gandaan

                                                       (dB)               G (dB)               G

Prapenguat     1.26                        1.0                   16                   40

Penukar Rf      2.00                        3.0                   10                   10

Talian Coaxial  2.00                       3.0                   -3                    0.5

Jadual 1: Spesifikasi Perbezaan Corak Hingar

 Persamaan-persamaan yang sepadan:

fi = faktor hingar peringkat pertama

Fi = corak hingar peringkat pertama

F(dB)     = 10 log (f)

F           = 10F/10

fT = faktor hingar sistem.

    = f1 +    f2 – 1/G1      +    f- 1/G1G2   + ......  ----(1)   

FT = corak hingar sistem = 10 log (fT). ----(2)

*Semua maklumat tentang antena boleh didapati
di dalam internet sebagai contoh di http://www.cushcraft.com dan
http://www.eskimo.com/~antenn).

 Contoh  pengiraan:


Contoh 1: fT 2.00 + 1.00 = 4.00                         

FT = 6.0 dB     


Contoh 2: fT = 2.00 + 0.26 + 1.00 = 2.57

FT = 4.1 dB         

Contoh 3: fT = 1.26  +    1.00 + 1.00 = 1.34

FT = 1.3 dB                                                  


Contoh 4: fT = 1.26 + 1.00 + 1.00 = 1.29

FT = 1.1 dB                 

 Corak hingar merupakan parameter penting di dalam kerja-kerja penghantaran dan penerimaan. Ini adalah kerana hingar yang diterima oleh antena telah menjadi satu faktor penghad. Corak hingar adalah bergantung kepada frekuensi. Sebagai contoh, pada 29 MHz, corak hingar yang dihadkan adalah 2.0 dB. Pada 146 MHz pula sebanyak 1.5 dB. Pada 435 MHZ dan ke atas ia adalah penting untuk memastikan corak hingar yang diterima adalah sebanyak kurang dari 0.7 dB. Selalunya corak hingar sesebuah sistem adalah lebih rendah berbanding dengan corak hingar yang dijanakan oleh pra-penguat. Jadi adalah penting untuk membina atau mendapatkan pra-penguat yang akan menjanakan corak hingar yang rendah dari corak hingar sistem.

Radio

Pemilihan radio adalah berdasarkan kepada beberapa ciri-ciri kegunaannya sama ada sebagai penerima sahaja, penghantar sahaja atau kedua-duanya sekaligus. Sekiranya sistem stesyen satelit bumi hanya untuk menerima isyarat, maka radio yang digunakan hanya untuk menerima isyarat dan begitulah sekiranya untuk menghantar isyarat, maka radio yang digunakan hanya untuk menghantar isyarat. Tetapi sekarang kebanyakan pengeluar radio amatur mengeluarkan radio yang boleh melakukan kerja-kerja menghantar dan menerima isyarat  atau dikenali sebagai radio transceiver. Terdapat juga radio paket  yang boleh menerima isyarat di dalam bentuk paket.

Radio paket adalah radio mod digital bagi komunikasi Radio Amatur yang berfungsi bagi telekomunikasi komputer. Di dalam sistem radio paket modem telefon ditukar dengan sebuah Pengawal Nod Terminal  (TNC). Telefon pula diganti dengan transceiver radio amatur, dan talian telefon diganti dengan gelombang bebas radio amatur. Radio paket mengutip data yang dihantar oleh komputer dan kemudian menghantarnya menerusi radio kepada radio amatur yang lain yang mempunyai peralatan yang serupa dan hampir sama. Radio paket dinamakan sedemikian kerana ia menghantar data dalam bentuk paket.

Disamping itu pengeluar radio juga mengeluarkan beberapa aksesori tambahan radio paket seperti penerimaan pelbagai mod amatur: G-TOR, AMTOR, RTTY, SSB, FM dan sebagainya. Selain dari itu radio juga boleh disambungkan ke komputer melalui Terminal Node Controller (TNC) dan modem .Terdapat juga radio yang boleh terus dikawal dengan komputer menggunakan antaramuka RS232 komputer dan sistem CAT (Perkakasan penghantar-terima terbantu komputer) seperti radio keluaran Yeasu Ft736r. Terdapat juga radio yang mempunyai pra-penguat dan penguat yang tersedia bina.

Terdapat pelbagai jenama pengeluar radio amatur di dalam pasaran. Antara yang popular adalah Yaesu, Kenwood, Icoms, Maxon dan Motorola. Kebanyakan pengeluar tersebut menghasilkan radio paket yang membolehkan isyarat yang diterima dan dihantar di dalam bentuk paket dan memudahkan pengkodan dan pennyahkodan oleh TNC.

TNC

TNC atau pengawal nod terminal merupakan perkakasan yang perlu ada pada sistem yang sering mengekod dan menyahkod paket data. Ia secara asasnya disambungkan ke komputer menggunakan  port  sesiri RS-232. TNC secara umumnya digunakan untuk melengkapkan capaian protokol yang dipilih di dalam rangkaian radio paket amatur. Ia melengkapkan lapisan protokol teratas seperti contoh AX.25 dan PMS (Personal Messaging System) yang mudah. TNC berfungsi dengan memodulasi isyarat/data yang hendak dihantar dan akan mendemodulasi isyarat yang diterima supaya serasi dengan komputer.

Pemilihan TNC di dalam sistem stesyen bumi adalah bergantung kepada kelajuannya menerima dan menghantar isyarat, saiz, berat dan kesesuaiannya dengan komputer atau radio yang digunakan. Kelajuan TNC diukur dalam bps (bit sesaat) dan selalunya TNC dengan kelajuan 1200 bps digunakan. Kebanyakan TNC yang terdapat di dalam pasaran adalah bersaiz kecil dan hanya seberat diantara setengah kilogram ke 2 kilogram.

Terdapat sebilangan pengeluar  yang mengeluarkan TNC yang serasi dengan radio dan komputer jenama lain seperti Kantronics, MFJ dan PacComm. Kemajuan teknologi pembuatan TNC menjadikan pembinaan TNC menjadi lebih canggih seperti modem telefon kerana terwujud di dalam bentuk kad (yang boleh di”plug-in” di atas kad utama komputer). Terdapat juga TNC yang boleh melakukan dua kerja serentak iaitu menghantar dan menerima data seperti TNC keluaran Kantronics.

 

 

 


 

 

Rajah 1: Sistem Penerima Dan Penghantar Radio Paket Amatur

    Komputer atau terminal

 Boleh dikatakan kesemua jenis komputer atau terminal yang terdapat di dalam pasaran sekarang boleh menerima atau menghantar isyarat menggunakan TNC tidak kira sama ada IBM atau Macintosh kerana kesemua komputer menggunakan piawaian sesiri taksinkronus RS-232 DCE (Perkakasan Komunikasi Data).

Topik Berkaitan

[Stesyen Bumi][Belanjawan Pautan]

 

Berita Satelit Amatur

Seminar mengenai satelit mikro TiungSAT-1 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2002. 20 Kertas Kerja akan dibentangkan oleh penyelidik dari UTM, UPM, USM, UKM, FRIM, MARDI dan KUSTEM. Sila hubungi 607-5502904 atau email Dr. Azmi

 

Berita Operator

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang Satelit TiungSAT-1, sila hubungi Dr. Ahmad Sabirin Atau Khairul

 
Lihat Komen
Tulis Komen

 
  

  Return to Top    

Sebarang pertanyaan sila hubungi orsam2020@lycos.com.  07/24/02