Make your own free website on Tripod.com

Home
Pengenalan
Stesyen Bumi
Satelit Amatur
Perkakasan
Perisian
Belanjawan Pautan
Jalinan
Simbol & Tafsiran
Istilah Yang Digunakan

Operator Radio Satelit Amatur Malaysiaright

Hubungi Kami | Cari | Siapa Kami | Pindahturun | Frekuensi | Nama Satelit        
OrSAM
Perisian

Perisian untuk stesyen bumi ini digunakan untuk mengkod dan menyahkod isyarat yang diperolehi dari Satelit supaya isyarat tersebut dapat ditafsirkan dengan lebih jelas oleh komputer. Sebagai contoh, apabila stesyen bumi hendak memberi suatu arahan tertentu kepada satelit seperti memindahturunkan gambar-gambar yang telah diambil, maka perisian tertentu digunakan dan susunan arahan tersebut hanya boleh ditafsirkan oleh satelit.

Perisian sistem stesyen bumi satelit amatur boleh didapati dengan mudah dipasaran terutamanya di laman web amatur satelit (www.amsat.org). Perisian yang dibekalkan dilaman web tersebut boleh didapati di dalam berbagai versi OS (sistem operasi) seperti DOS*, Windows 95* dan Unix serta Linux. Disebabkan perkembangan yang cepat di dalam sistem operasi Windows 95 maka pereka-pereka perisian amatur juga tidak ketinggalan untuk meningkatkan keupayaan kawalan sistem stesyen bumi menggunakan sistem operasi tersebut. Walaupun sistem operasi komputer Windows 9X semakin digemari namun masih terdapat sebilangan sistem kawalan stesyen bumi amatur satelit yang menggunakan sistem operasi DOS.

 Kegunaan perisian-perisian stesyen bumi amatur satelit adalah seperti:

bullet

Penghantaran maklumat (Upload)

bullet

Penerimaan maklumat (Download)

bullet

Telemetri

bullet

Menjejak satelit.

bullet

Pelarasan antena.

bullet

Pemasangan TNC.

bullet

Kawalan radio.

bullet

Pengubahsuaian elemen Keplerian dan sebagainya.

 Antara perisian amatur yang serasi untuk digunakan  adalah seperti berikut:

 Versi Windows 9X & ME

Perisian versi Windows 9X & ME adalah perisian yang serasi untuk digunakan dengan pelantar Windows 9X & ME. Antara perisian yang dimaksudkan adalah seperti WinAprs, WinOrbit, WinPack, LogSat, WISP dan FT736r

 Versi DOS

AO13 diperlukan untuk beroperasi dengan satelit AMSAT-OSCAR 13. Paket adalah untuk menghantar dan menerima data di dalam bentuk paket. Pg digunakan untuk tujuan penjejakan Satelit. Quiktrak pula digunakan untuk penjejakan satelit-satelit Amatur.

Topik Berkaitan

[Konfigurasi Perisian][Contoh Perisian][Perisian Amsat][Lain-Lain Perisian]

*DOS & Windows 95 are registered trademark to Microsoft Corporation.

 

Berita Satelit Amatur

Seminar mengenai satelit mikro TiungSAT-1 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2002. 20 Kertas Kerja akan dibentangkan oleh penyelidik dari UTM, UPM, USM, UKM, FRIM, MARDI dan KUSTEM. Sila hubungi 607-5502904 atau email Dr. Azmi

 

Berita Operator

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang Satelit TiungSAT-1, sila hubungi Dr. Ahmad Sabirin Atau Khairul

 
Lihat Komen
Tulis Komen

 
  

  Return to Top    

Sebarang pertanyaan sila hubungi orsam2020@lycos.com.  07/24/02