Make your own free website on Tripod.com

Home
Pengenalan
Stesyen Bumi
Satelit Amatur
Perkakasan
Perisian
Belanjawan Pautan
Jalinan
Simbol & Tafsiran
Istilah Yang Digunakan

Operator Radio Satelit Amatur Malaysiaright

Hubungi Kami | Cari | Siapa Kami | Pindahturun | Frekuensi | Nama Satelit        
OrSAM
Contoh Perisian

          WinOrbits

 WinOrbit adalah program untuk mengira posisi Bumi-Satelit dan kebolehan untuk melihat bagi Amatur Radio Satelit. Ia diadakan di dalam dua versi Pelantar iaitu Windows95 dan DOS. (Gambar window boleh dilihat di lampiran 9 dan 26)

           Fungsi

           WinOrbit mempunyai 4 fungsi asas:

Pemaparan secara grafik posisi satelit di dalam masa sebenar, simulasi dan mod manual.

Pemaparan tentang maklumat satelit.

Keluaran bagi maklumat semasa (seperti azimuth, dongakan, anjakan doppler dan sebagainya) untuk kawalan perkakasan seperti antena, radio atau teleskop.

Jadual tentang generasi bagi maklumat satelit yang lepas atau yang akan datang untuk tujuan perancangan orbit satelit.

Secara tidak langsung, ia telah mengadakan penyelenggaraan maklumat pengkalandata orbit satelit dan pengkalandata bagi lokasi pemerhati.

Kelebihan WinOrbit

Kelebihan WinOrbit adalah Peta Window yang dibuat secara sesiri, yang memaparkan posisi semasa satelit dan pemerhati di dalam satu peta dunia yang mudah bersama-sama dengan maklumat seperti azimuth, jarak dan dongakan di atas ufuk pemerhati. Peta tersebut boleh dikemaskini di dalam masa yang sebenar, atau di dalam masa simulasi , atau boleh dilaraskan untuk memperlihatkan situasi pada masa lampau dan masa hadapan.

Jadual Window memaparkan secukupnya maklumat tentang satu atau lebih satelit di dalam satu paparan. Paparan tersebut boleh dipilih dan dibesarkan saiznya.

Tambahan kepada perkara di atas termasuklah:

Berkebolehan menjejak sehingga 20 satelit.

Pilihan 4 algoritma penjejak.

Pemaparan dari persembahan peta memperlihatkan apa yang dilihat oleh satelit.

Pengiraan anjakan Doppler dan kehilangan bagi komunikasi satelit.

Penjejak Matahari dan Bulan binaan dalam.

Menyokong kerja-kerja perjejakan objek-objek astronomik (memberi Ascensi Kanan dan Declinasi).

Antaramuka pelayar DDE untuk antena penjejak atau pengawal perkakasan pembetulan anjakan doppler, serasi dengan Pelaras Doppler Penuh. WinOrbit boleh dijalankan sebagai mod “pelayan sahaja” atau “tanpa peta” untuk menjimatkan memori jika perlu.

Pengesanan data (set-set element keplerian) membaca dari piawai, buletin di dalam tiga format yang berlainan. Tidak memerlukan pra-pemproses, hanya dengan cara memilih fail buletin tersebut.

Data Pemerhati (QTH) (latitud, longitud) mungkin diimport dari teks pengkalandata yang mudah (bilangan pemerhati yang tidak terhad).

Pencetakan jadual dan data penjejakan (Ephemerides) di dalam beberapa format. Pencetakan data tidak mengganggu penjejakan.

Topik Berkaitan

[Kembali][Konfigurasi][Contoh Perisian][Perisian Amsat][Lain-Lain Perisian]

*DOS & Windows 95 are registered trademark to Microsoft Corporation.

 

Berita Satelit Amatur

Seminar mengenai satelit mikro TiungSAT-1 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2002. 20 Kertas Kerja akan dibentangkan oleh penyelidik dari UTM, UPM, USM, UKM, FRIM, MARDI dan KUSTEM. Sila hubungi 607-5502904 atau email Dr. Azmi

 

Berita Operator

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang Satelit TiungSAT-1, sila hubungi Dr. Ahmad Sabirin Atau Khairul

 
Lihat Komen
Tulis Komen

 
  

  Return to Top    

Sebarang pertanyaan sila hubungi orsam2020@lycos.com.  07/24/02