Perisian AMSAT
Contoh
Perisian yang dicadangkan oleh AMSAT untuk kawalan sebuah
stesyen amatur satelit bumi.
Perisian Yang Dicadangkan oleh AMSAT |
Automasi Stesyen |
|
WISP
Windows
|
|
Program
Station
|
|
Penjejakan Satelit |
|
WinSAT
(Windows)
|
|
Nova (Windows)
|
|
Nova
(Dos)
|
|
AprTrack
(Dos)
|
|
QuickTrack (Dos)
|
|
InstantTrack (Dos)
|
|
STSOrbitPlus (Dos)
|
|
Satellite
Pro (Macintosh) |
|
Pennyahkodan Telemetri |
|
TLMDC II
(Dos) |
|
Program Lain-lain |
|
Up/Down
(Dos)
|
|
Instant
Track Utilities Disk (Dos)
|
|
SATCRCS
(Dos)
|
|
VEC2TLE
(Dos)
|
|
KepLdr
(Macintosh) |
|
Jadual 5: Perisian AMSAT
Program Automasi
Stesyen
WISP
Program yang sangat popular untuk mengoperasikan
satelit-satelit digital. Ia mengimplementasikan ke dua-dua
protokol pautatas (seperti PG) dan protokol pautbawah (seperti
PB). Ia menguruskan kesemua fail mesej, penjadualan satelit
dan boleh memacu banyak jenis perkakasan pemutar antena.
Sekiranya kita berkomunikasi dengan satelit Pacsat, kita
harus menggunakan perisian ini.
Perisian ini boleh dikutip dari satelit atau boleh juga di
dapati di laman web AMSAT. Perlu mendaftar di dalam AMSAT
untuk mendapatkan harga yang murah.
Program Untuk Stesyen
Program ini sesuai untuk beroperasi dengan satelit-satelit
yang mempunyai transponder analog. Ia dapat mengawal antena
dan radio. Ia juga boleh digunakan untuk melaraskan anjakan
Doppler di dalam berbagai cara. Ia boleh didapati di dalam
versi Windows 3.2, Windows for Workgroups 3.11, Windows 95
dan Windows NT.
Ia boleh didapati dari satelit atau dari
laman web AMSAT. Perlu daftar dengan AMSAT untuk
mendapatkannya.
Program Penjejakan Satelit
WinSat 2.0
Untuk Microsoft Windows. Keperluan minimum yang diperlukan
adalah komputer 386/25 CPU dengan pemproses matematik, Kad
VGA, Windows 3.1 atau Windows95 dan ruang cakera keras
sebanyak 2 MB. Kelebihan:
|
Pemaparan bumi secara 3D dari satelit.
|
|
Pemaparan secara ortografik bumi.
|
|
Window penjejakan menunjukkan pengiraan data
orbit satelit dan maklumat stesyen amatur.
|
|
Pengkalan data stesyen mengandungi
negara-negara DXCC.
|
|
Pengkalan data satelit boleh menyimpan
sehingga 100 satelit.
|
|
Berkesan untuk menjejak banyak satelit secara
serentak (walaupun melalui lokasi stesyen amatur yang
berbeza).
|
|
Menyokong Penjejak Kansas City.
|
|
Jadual ephemeris satelit.
|
|
Pennyahkod satelit AO-13.
|
Nova (Windows)
Untuk Windows 3.1 atau Windows 95. Keperluan minimum:
Komputer 386 dengan pemproses matematik, Grafik VGA atau
SVGA, RAM 4 MB, ruang cakera keras 12 MB. Kelebihan:
|
Lebih dari 150 peta berwarna.
|
|
Penjejakan beberapa satelit yang terhad dari
beberapa pemerhati yang terhad, kesemua boleh dibuka melalui
pengasingan window.
|
|
Menjejak satelit-satelit, Bulan, Matahari,
planet-planet dan banyak objek celestial.
|
|
Menyokong penjejak-auto bagi Penjejak SASI
Sat, Penjejak Kansas City dan AEA ST-1 tidak menggunakan
fail-fail TSR atau DLL.
|
Program tersebut boleh di dapati dari laman
WEB AMSAT.
Nova (DOS)
Untuk PC IBM atau yang serasi. Keperluan sistem: 286 atau
CPU yang lebih baik dengan pemproses matematik, Grafik VGA,
ingatan 425 KB, ruang cakerakeras 2 MB dan tetikus serasi
Microsoft. Kelebihan:
|
Skrin grafik dan teks dengan 16 peta
diprojekkan kepada dua saiz termasuklah peta-peta ortografik,
peta suhu angkasa, peta-peta ala radar dan peta-peta grid.
|
|
Menjejak satelit-satelit, Bulan, Matahari,
planet-planet, punca hingar kosmik dan kedinginan langit.
|
|
Menyokong penjejak-auto bagi Penjejak SASI
Sat, AEA ST-1, Penjejak Kansas City, dan banyak lagi.
|
|
Pelaras-auto kepada banyak transceiver Icom,
Kenwood dan Yaesu.
|
|
Pengkalandata lebih 2000 satelit.
|
Program tersebut boleh di dapati dari laman WEB
AMSAT.
APRtrak
APRtrak adalah versi APRS (system bagi pemplotan secara
automatik posisi stesyen paket lain dengan cara menerima
mesej becon.). Ia akan memaparkan lokasi APRS dan GPS yang
didengar dan juga boleh memaparkan lokasi sehingga sembilan
satelit.
Ia
serasi dengan komputer IBM, Grafik CGA, EGA atau VGA.
QUIKTRAK
4.0
Untuk komputer IBM atau serasi dengannya. Keperluan minimum
adalah DOS 3.0 atau terkini. Memerlukan 512K bagi grafik CGA
tetapi perlukan 640K bagi VGA dan EGA. Kelebihan:
|
Pengguna boleh memilih grafik EGA-VGA atau
CGA. Untuk mod penjejakkan satu satelit dan dua faktor skala
dibekalkan, Pertama, seluruh dunia dan kedua adalah satu
peringkat magnifikasi berdekatan posisi stesyen. Grafik
kedua memaparkan beberapa satelit di dalam peta dunia.
|
|
Paparan data garisan Khatulistiwa atau
masa-masa apogee dan lokasi.
|
|
Satelit-satelit yang kelihatan (MIR,
kapalangkasa dan sebagainya). Mengesan dan menjejak
pemerhati yang kelihatan.
|
|
Melicinkan kerja Penjejakan Auto untuk
memberikan fungsi multi-satelit, secara tabular atau grafik.
Menggunakan antaramuka, penjejak Kansas City piawai.
|
|
Memilih antara pengukuran Mean Anomaly di
dalam darjah dan fasa Orbit di dalam fungsi penjejakan.
|
InstantTrack
Untuk PC-IBM atau serasi. Memerlukan RAM sebanyak 512K.
Sebarang resolusi pemaparan teks tetapi memerlukan EGA atau
VGA untuk memaparkan grafik.
Kelebihan:
|
Memperlihatkan posisi satelit kegemaran
apabila memulakan program.
|
|
Memaparkan azimuth, elevation, julat, anjakan
Doppler, kehilangan, sudut squint, posisi sub-stesyen (di
dalam latitud/longitud, grid dan bandar terdekat), koordinat
Kartesan bagi pemerhati dan satelit, masa ketibaan satelit,
mod satelit, Ascensi kanann Declinasi, suhu angkasa dan
banyak lagi.
|
|
Warna beresolusi tinggi untuk peta bumi,
memperlihatkan posisi satelit dan pemerhati.
|
|
Kemaskinikan elemen Keplerian secara
automatik menggunakan teks berformat AMSAT dan NASA.
|
|
Boleh melihat jadual bagi satelit bagi tiga
minggu akan datang atau daual untuk 20 satelit untuk satu
hari.
|
|
Mod latarbelakang yang unik membolehkan
penjejakan satelit-satelit dan pengawalan rotor antena
dilakukan semasa menjalankan program lain.
|
|
Menjejak Matahari dan Bulan dengan baik.
|
|
Menyokong pengkalandata bagi lokasi 200
satelit dan 50 pemerhati.
|
|
Termasuk sekali adalah pengkalandata bagi
1754 bandar seluruh dunia.
|
|
Lokasi pemerhati boleh diketahui dengan cara
memasukkan beberapa huruf nama bandar mereka.
|
|
Menunjukkan bila satelit-satelit boleh
melihat antara satu sama lain dan bila mereka berada di
dalam elip.
|
|
Kehilangan diantara pemerhati dan satelit
dapat dikira.
|
STSOrbit Plus
Untuk PC-IBM atau serasi. Program ini dibangunkan untuk
menjejak Kapalangkasa NASA dan satelit yang lain. Ia
memaparkan posisi orbit di dalam peta global semasa sesuatu
misi NASA diadakan. Pemaparan akan menyalin peta di dalam
Pusat Kawalan Misi NASA. Stesyen Penjejak Bumi NASA dan
menjejak Satelit-satelit data relay dipaparkan di dalam peta.
Data orbit boleh dimasukkan secara manual bagi misi
kapalangkasa, tetapi elemen Keplerian 2 barisan NASA/NORAD
mungkin secara automatik digunakan bagi semua satelit.
Satellite
Pro
Untuk komputer Macintosh, program ini memerlukan 1MB atau
lebih ingatan dan pemacu disk 800K. Sokongan pencetak
termasuklah Apple LaserWriter, ImageWriter (termasuk LQ),
dan GCC Personal LaserPrinter. Empat mod Satellite Pro,
LOCATE, TRACK, SCHEDULE dan WINDOW digabung bersama dengan
pilihan lima paparan grafik, RECTANGULAR, POLAR,
GREAT-CIRCLE, PERSPECTIVE dan VIEW from SPACE untuk
memperlihat kesemua imej. Mod LOCATE memberikan penglihatan
yang cepat terhadap status semasa satelit sama ada secara
data turbular atau secara grafik. Pengkalandatanya boleh
menyimpan elemen orbit bagi 30 satelit. Mod TRACK memberikan
data posisi satelit di dalam unit langkah dari 0.001 minit
ke 60 minit. Data termasuklah latitud, longitud, altitud,
elevation, azimuth, julat, anjakan Doppler, fasa Orbit,
nombor orbit dan sudut squint. Jika pemaparan secara grafik
dipilih maka posisi dan lokasi satelit akan dipaparkan. Mod
SCHEDULE akan menghasilkan jadualwaktu yang menunjukkan masa
ketibaan satelit yang dipilih untuk jumlah hari yang
diberikan Mod WINDOW memberikan data penjejakan waktu biasa
dimana satelit kelihatan dari pemerhati dan lokasi yang
lain.
Program Penyahkod Telemetri
TLMDC II
Untuk PC-IBM atau serasi. Program ini mempunyai antaramuka
yang mesra pengguna, fleksibel fail, dan berkebolehan untuk
menyimpan data yang dinyahkod. Ia mennyahkod data dari
Mikrosat (AO-16, WO-18, LU-19 dan DO-17) dan memaparkan
nilai di dalam unit kejuruteraan. Ia akan menyimpan data
KISS, ASCII atau unit-unit kejuruteraan di dalam fail yang
boleh dicetak kemudian. Fail yang disimpan dengan program
ini atau program komunikasi yang lain boleh dibaca dan boleh
dinyahkod.
Topik Berkaitan
[Kembali][Konfigurasi][Contoh
Perisian][Perisian Amsat][Lain-Lain
Perisian]
*DOS & Windows 95 are registered trademark to
Microsoft Corporation. |
|
Lihat Komen
Tulis Komen
|