Satelit Amatur
Pengenalan
Terdapat banyak Satelit Amatur yang telah dilancarkan ke
orbit. Antara yang paling menonjol adalah satelit-satelit
yang dibangunkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik Dan
Elektronik, Universiti Surrey. Setelah hampir 15 tahun UoSAT
dan SSTL membangunkan, membina dan melancar sebilangan
satelit mikro berkos rendah dan seberat 50kg. Sebilangan
dari satelit-satelit tersebut boleh digunakan oleh
amatur-amatur satelit. (Senarai
satelit)
Selain dari siri satelit UoSAT yang dibangunkan, salah satu
satelit amatur yang telah dilancarkan adalah satelit mikro
TiungSAT-1. Satelit TiungSAT dibangunkan hasil
perpindahan teknologi yang telah sedia ada di Surrey. Ia
merupakan Satelit buatan Malaysia yang pertama dengan hasil
kerja keras beberapa jurutera dan pakar dari
Universiti
Kebangsaan Malaysia, Syarikat Telekomunikasi serta Angkatan
Tentera Malaysia di bawah penyeliaan Prof. Madya Dr.
Zainul Abidin Bin
Abdul Rashid, pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik,
Elektronik dan Sistem UKM..
Berikut merupakan tujuan utama misi TiungSAT-1
|
Pendidikan |
|
Perikanan |
|
Pengurusan hutan |
|
Pemerhatian Lalu-lintas |
|
Penjagaan sungai |
|
Sains angkasa |
|
Kegunaan ketenteraan |
|
Pengesanan minyak |
|
Penjejakan lokasi kapalterbang |
|
terhempas |
|
Ribut |
|
Pemetaan |
|
Laporan meteorologikal |
TiungSAT-1 dibangunkan bukan untuk tujuan komersial kerana
ia menggunakan jalur frekuensi Radio Amatur bagi komunikasi
antarabangsa. Walaubagaimanapun ia boleh digunakan untuk
tujuan pendidikan dan demontrasi.
Program Pendidikan TiungSAT-1 adalah seperti
berikut:
|
Untuk
mengenalpasti sebarang aktiviti pendidikan menggunakan
satelit dan objektif pendidikan. |
|
Untuk mengenalkan satelit secara pendidikan
formal (sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian
tinggi) dan tidak formal (muzium-muzium, radio dan TV) dan
mengaturkan segala akticiti. |
|
Untuk mengadakan pendidikan penting dalam
sistem satelit. |
|
Untuk mengenalkan pengeluaran perkakasan,
perisian dan bahan bacaan. |
|
Untuk mengenalkan teknologi sistem satelit
pada masa akan datang |
Hasil dari aktiviti yang dinyatakan di atas
diharap akan menepati ramalan-ramalan berikut:
Penerimaan Telemetri
Menerusi penerimaan telemetri pengguna akan
memahami keadaan termal sekeliling satelit, mempelajari
orbit mekanik dan mempelajari penyelesaian altitud dan
kawalan.
Imej
Mempelajari bagaimana untuk mengoperasikan
Sistem Imej Bumi dan penggunaan alat kawalan pengesan muatan
menerusi aktiviti berikut:
|
Mengambil imej sasaran |
|
Menukaran imej di dalam bentuk katalog |
|
Pemprosesan imej dan pengedaran |
Komunikasi Digital
Mempelajari
bagaimana untuk mengoperasikan Sistem Komunikasi Simpan dan
Hantar (S&F) dan penggunaan komunikasi muatan menerusi
penghantaran dan penerimaan data berikut:
|
Faks |
|
Suara Digital |
|
Email |
|
Pemindahan
fail |
|
Pemindahan
imej |
Penggunaan Komunikasi untuk tujuan demontrasi
(pengenalan)
|
Teleperubatan |
|
Ketenteraan |
|
Email global |
|
Politik |
Beberapa sekolah dan Universiti telah
terlibat di dalam projek satelit ini
Ciri-ciri yang terdapat di dalam TiungSAT-1:
|
Komputer
80C186/386EX |
|
Penyimpan data 16MB |
|
Sistem operasi pelbagai guna. |
|
Sistem telemetri dan telearahan VHF/UHF. |
|
Antena polar linear. |
|
4
susunan bateri solar GaAs berkepekaan tinggi. |
|
Bateri Nicad 14 volt, 7Ah, 10 sel. |
Sub-sistem Elektronik
Untuk mengadakan fungsi penjagaan, satelit mestilah
mengadakan elemen primer berikut:
|
Sistem Kuasa |
|
System RF |
|
Pembetulan altitud dan Kawalan Sistem
(ADCS). |
|
Telemetri dan telearahan (TTC) |
|
Pemegang data (OBDH) |
Keterangan ringkas mengenai Sub-sistem.
Sistem Kuasa
Sistem kuasa mengandungi 4 panel solar membekalkan kuasa
kepada pek bateri NiCad 14V (Mengapa tidak guna PLI?). Pengatur Cas Bateri (BCR) dan
Modul Keadaan Kuasa (PCM) merupakan dua sistem yang dibina
untuk menyelesaikan masalah kerosakan satu titik.
Sistem RF
Sistem Rf mengandungi tiga penerima VHF dan dua penghantar
UHF. Tiga penerima tersebut disambungkan kepada satu antena
dengan penerima RX0 selalunya digunakan untuk arahan dan ia
tidak disambung dengan penguat berhingar rendah (LNA) untuk
mengurangkan kerosakan dan beban lampau. Penghantar
termasuklah susunan pemodulat dan keluaran multipembilang
membolehkan pensuisan berbagai jenis punca audio semasa
pautbawah, termasuk juga modem yang berbeza dan audio
gelungbelakang dari penerima.
Pembetulan Altitud dan Sistem Kawalan
Sistem ADCS termasuklah
sistem magnetometer kembar, pengesan matahari dan pengesan
horizon bumi dan meterkilas bagi kawalan altitud.
Sistem Telemetri dan Telearahan (TTC)
Sistem TTC mengandungi
modul penyahkod dan modul telemetri. Sistem ini secara
normalnya dikawal melalui komputer.
Sistem Penyimpan Data
Komputer
primer mempunyai OBC186 dimana ia termasuklah pembendung
program ingatan 512K dan 768K bagi Pengesan Kesalahan dan
Pembetulan (EDAC), dan disambungkan kepada 16MB CakeraRAM
untuk menyimpan data.
Contoh Data Tentang
Satelit
Jadual 1: Data Satelit
Topik Berkaitan
[Nama
Satelit][Senarai Satelit]
|