Pengenalan
Sejak dari pelancaran satelit amatur yang pertama (OSCAR-1)
pada tahun 1961, kemajuan teknologi satelit amatur telah
berkembang dengan pesatnya. Sehingga kini lebih dari 30
satelit amatur (lihat senarai
satelit) telah berada di orbit
rendah. Organisasi Amatur Radio Satelit (AMSAT) ditubuhkan
pada tahun 1969 bagi meneruskan usaha-usaha yang dilakukan
oleh sekumpulan operator amatur satelit yang terdahulu (Projek
OSCAR). Sehingga kini terdapat beberapa kumpulan AMSAT dari
negara lain seperti kumpulan AMSAT dari German menggunakan
nama AMSAT-DL, Jepun pula menggunakan perkataan JAMSA, kumpulan
AMSAT dari Brazil pula menggunakan nama BRAMSAT sebagai nama
rasmi. Dan Satelit Amatur Malaysia yang pertama menggunakan
nama TiungSat 1.
Satelit Mikro TiungSat 1 telah dilancarkan ke orbit pada 20 September
2000 menggunakan roket pelancar Dnepr di tapak pelancar
Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.
Definasi satelit amatur
adalah seperti berikut:
|
Ia bukan satelit
untuk tujuan komersial.
|
|
Ia dibangunkan
untuk kegunaan amatur radio.
|
|
Ia direka dan
dibangunkan oleh amatur radio sendiri.
|
|
Ia
ditujukan khas kepada pengguna radio amatur di seluruh
dunia sebagai saluran komunikasi persendirian.
|
Ketinggian (altitud)
satelit amatur dari bumi adalah di dalam lingkungan 500 km
hingga 1500 km (orbit rendah LEO). Kebaikan menggunakan
orbit rendah tersebut adalah untuk menyenangkan penjejakan
satelit, memudahkan operasi penghantaran dan penerimaan
isyarat satelit dan memerlukan kos pelancaran ke orbit yang
murah.
Tiga jenis orbit yang
sering diletakkan satelit amatur adalah:
|
Orbit segerak bumi |
|
Orbit kutub |
|
Orbit elips condong. |
-
Jalur Frekuensi Satelit Amatur
Julat-julat
frekuensi* yang digunakan oleh satelit amatur adalah seperti
berikut:
7.000 – 7.100 MHz Pautatas dan
pautbawah |
14.000 – 14.250 MHz Pautatas dan
pautbawah |
21.000 – 21.450 MHz Pautatas dan
pautbawah |
28.000 – 29.700 MHz Pautatas dan
pautbawah |
144.00 – 146.00 MHz Pautatas dan
pautbawah |
435.00 – 438.00 MHz Pautatas dan
pautbawah |
1260.0 – 1270.0 MHz Untuk Pautatas sahaja |
2400.0 – 2450.0 MHz Pautatas dan
pautbawah |
5650.0 – 5670.0 MHz Untuk Pautatas sahaja |
5830.0 – 5850.0 MHz Untuk Pautbawah sahaja |
10.450 – 10.500 GHz Pautatas dan
pautbawah |
24.000 – 24.050 GHz Pautatas dan
pautbawah |
47.000 – 47.200 GHz Pautatas dan
pautbawah |
75.500 – 76.000 GHz Pautatas dan
pautbawah |
142.00 – 144.00 GHz Pautatas dan
pautbawah |
248.00 – 250.00 GHz Pautatas dan
pautbawah |
Jadual 1:
Frekuensi Satelit Amatur Dan Kegunaan
Mod Operasi
Satelit Amatur
Mod operasi satelit amatur menerangkan tentang jalur
frekuensi yang digunakan untuk pautbawah dan pautatas.
Mode A |
Pautatas |
145.850 - 145.950 MHz |
Pautbawah |
29.400- 29.500 MHz |
Mode B |
Pautatas |
435 MHz |
Pautbawah |
145 MHz |
Mode C |
Mod B Berkuasa Rendah |
Mode D |
Untuk Telemetri Sahaja |
Mode J |
Pautatas |
145.800 - 146.000 Mhz |
Pautbawah |
35.000 - 438.000 MHz |
Mode JA |
Pautatas |
145.900 - 146.000 MHz |
Pautbawah |
435.800 - 435.900 MHz |
Mode JD |
Pautatas |
145.850 - 145.910 MHz |
Pautbawah |
435.910 MHz |
Mode JL |
Pautatas |
145 dan 1215 MHz |
Pautbawah |
435 MHz |
Mode K |
Pautatas |
21 MHZ |
Pautbawah |
29 MHz |
Mode K |
Pautatas |
21 dan 145 MHz |
Pautbawah |
29 MHz |
Mode KT |
Pautatas |
21 MHz |
Pautbawah |
29 dan 145 MHz |
Mode L |
Pautatas |
1260.00-1270.00 MHz |
Pautbawah |
435.00-438.00 MHz |
Mode S |
Pautatas |
435 MHz |
Pautbawah |
2305 MHz |
Mode T |
Pautatas |
21 MHz |
Pautbawah |
145 Mhz |
Jadual 2: Mod-Mod Operasi Satelit
Amatur
Mod
Satelit OSCAR 3D
Bagi
satelit OSCAR (Orbiting Satellite Carrying Amateur Radio) fasa 3D pula menggunakan binaan mod operasi yang berlainan.
Untuk satelit ini jenis ini, penerima dan penghantar
dihubungkan oleh sejenis suis matrik yang dapat
menghubungkan penerima pada mana-mana jenis penghantar.
Setiap jalur frekuensi diistilahkan oleh satu huruf dan mode
pula diterangkan oleh kombinasi 2 kumpulan huruf yang mana
huruf yang pertama mewakili jalur pautatas dan huruf yang
kedua pula mewakili pautbawah.
Huruf yang mewakili setiap jalur adalah seperti
berikut:
Mod Julat Frekuensi |
C 5650.0-5670.0 MHz |
L 1260.0-1270.0 MHz |
S 2400.0-2450.0 MHz |
U 435.0-438.0 MHz |
V 144.0-146.00 MHz |
X 10450-10500 MHz |
Jadual 3: Mod-Mod
Operasi Satelit OSCAR 3D
Sebagai
contohnya untuk jalur mode B yang digunakan sebelum ini (435
up/145 down) akan menjadi mode UV dan bagi mode L pula (1290
up/435 down) akan menjadi mode LU.
Muatan Satelit Amatur
Muatan (payload) yang dibawa oleh Satelit Amatur menentukan
fungsi sebenar satelit tersebut. Ia juga secara tidak
langsung menentukan operasi penghantaran dan penerimaan
stesyen bumi. Antara muatan yang sering dibawa oleh satelit
(sebagai contoh, Satelit TiungSAT-1*) seperti berikut:
|
Kamera CCD Imej Bumi Meteorologikal |
|
Kamera-kamera CCD Imej Bumi Multi-Spektral. |
|
Komunikasi Simpan dan Hantar Digital (S&F). |
Keterangan lanjut,
sila klik sini.
|