Home
Pengenalan
Stesyen Bumi
Satelit Amatur
Perkakasan
Perisian
Belanjawan Pautan
Jalinan
Simbol & Tafsiran
Istilah Yang Digunakan

Operator Radio Satelit Amatur Malaysiaright

Hubungi Kami | Cari | Siapa Kami | Pindahturun | Frekuensi | Nama Satelit        
Istilah Yang Digunakan
OrSAM

ARRL (American Radio Relay League) merupakan organisasi radio amatur yang menyediakan bahan-bahan pembelajaran, penerbitan buku-buku serta majalah teknikal dan bukan teknikal serta menganjurkan rangkaian perkhidmatan komunikasi umum. Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang ARRL boleh menghubungi :

 ARRL

225 Main Street

Newington, CT 06111

(860)-594-0200

www.arrl.org

 Fail-fail – Berformat AMSAT 

 Elemen Keplerianyang boleh dibaca terus.  Setiap elemen mengandungi label ayat (text) untuk memudahkan penafsiran nilai. Beberapa perisian dibangunkan untuk membaca fail tersebut untuk tapakdata satelit.

 Fail format AMSAT mempunyai penghujung nama dengan .KEP .  Mereka adalah fail ucapan bagi format berita yang piawai. Fail ini mungkin mengandungi beberapa set data satelit. Pengguna boleh membuat fail tersebut berdasarkan kepada format yang disediakan.

Contoh fail boleh dilihat seperti di bawah:

SUN.KEP – Elemen-elemen pseudo-keplerian bagi matahari.

SHUTTLE.KEP – Elemen-elemen bagi beberapa contoh pelancar roket. 

ORBS-nnn.KEP – fail-fail berita-berita radio paket dengan satelit-satelit Radio Amatur. PHASE3.KEP – Set data Phase III yang digunakan bersama artikel sebenar karya Tom Clark di dalam majalah Orbit, untuk algoritma Basic diperingkat percubaan.

Fail-fail – Dua baris atau format NASA 

 Fail-fail yang diformat padat bagi Elemen-elemen Keplerian, ia hanya boleh dibaca oleh komputer sahaja. Setiap elemen di dalam dua baris dengan nama satelit berada di baris yang ketiga..

 Penghujung nama fail yang boleh dibaca bagi format NASA adalah :*.2LI, *.TLE, *.ELE .Ia mengadungi beberapa set-set data satelit. Beberapa sampel set-set data dibekalkan di dalam program. Beberapa contoh fail-fail format NASA diberikan seperti di bawah:

DATABASE\SAT\DATABASE.2LI – Ia adalah fail yang digunakan oleh program untuk menyimpan maklumat orbit semasa sesi. 

KEPS\TST88888.TLE – data-data yang digunakan di dalam dokumentasi Spacetrak untuk mencuba algoritma SGP di dalam perisian WinOrbit.

 KEPS\ORBS-nnn.2LI, mengandungi satelit-satelit amatur yang popular. Fail ini telah disalin dari buletin radio paket..

 Apogee

 Semasa setiap orbit elip, satelit akan mempunyai suatu titik yang berdekatan dengan bumi iaitu Perigee dan suatu titik yang berjauhan dengan bumi iaitu Apogee.

 Argumen bagi Perigee

 Terdapat dua titik istimewa di dalam orbit yang dirujukkan kepada garisan melintang Khatulistiwa.  Dua titik istimewa ini adalah apogee dan perigee. Titik yang terjauh adalah apogee dan titik yang terdekat adalah perigee. Sudut putaran di dalam darjah dari khatulistiwa ke titik perigee dikenali sebagai Argumen bagi perigee.

 Azimuth , Elevation dan Julat Slant

 Azimuth adalah arah sebenar kompas ke satelit. Elevation adalah sudut di atas horizon. Julat Slant adalah jarak satelit.

Mod Transponder

Mod Becon / telemetri

Beacon adalah penghantar bagi satelit dimana ia tidak mengulang penghantaran stesen bumi. Secara umumnya ia menghantar mesej pra-program seperti isyarat “HI” oleh satelit OSCAR pertama, ucapan suara sintisize oleh satelit-satelit UoSAT dan DOVE dan sebagainya atau telemetri. Telemetri adalah data kejuruteraan seperti suhu, voltan, status nilai-nilai yang dienkod di dalam bentuk “Text”. Untuk mendekod maklumat di dalam bentuk ini perlu diketahui format modulasinya, kod yang digunakan dan format penukaran telemetri. Format modulasi boleh dilakukan oleh modem, penukaran keluaran binari dari modem ke dalam bentuk ayat dan kemudian menukarkan maklumat ayat (text), desimal, heksadesimal atau alfanumerik kepada unit-unit kejuruteraan.

 Skema modulasi

CW  (Continuous-Wave).  Juga dikenali sebagai OOK (On-Off-Keying) di dalam modulasi AM. Biasanya menggunakan Kod Morse Antarabangsa. Isyarat pada pembawa di tutup dan buka.

 FSK  (Frequency-Shift Keying) di dalam modulasi FM.  Selalunya digunakan dengan telepencetak kod yang piawai seperti ASCII or Baudot.

AFSK  (Audio Frequency-Shift Keying).  Adalah variasi FSK dimana dua frekuensi audio digunakan untuk memodulasi pembawa RF.  Kadangkala digunakan juga bersama telepencetak kod seperti HDLC, AX. 25 (ASCII seperti bagi UO-9, UO-11), lebih digunakan dengan pengkodan selari bagi HDLC, AX.25 di dalam kebanyakan satelit mikro.

 PSK  (Phase-Shift Keying) di dalam modulasi PM. Fasa bagi frekuensi radio dianjankan berdasarkan kepada bit-bit maklumat. Selalunya digunakan dengan pengkodan selari.

 RTTY  (Radio TeleTYpe).  Digunakan bagi komunikasi digital yang mennggunakan text. Lebih banyak digunakan oleh Radio Amatur untuk merujuk kepada penghantaran isyarat Baudot dikod FSK atau AFSK.

 Pendekod Telemetri

Apabila maklumat telemetri diterima ia perlu didekod kepada unit-unit kejuruteraan seperti suhu, voltan dan sebagainya.

 Index Telemetri/Becon

AFSK - 1200 baud kod ASCII - UO-11

AFSK - 1200 baud kod AX.25 - DO-17

400 baud PSK - AO-10/AO-13

1200 baud PSK - AO-16, LO-19, FO-12, FO-20

9600 baud - UO-14

 Nombor Katalog

 Nombor rujukan unik yang diberikan oleh NASA atau NORAD kepada sebarang objek di angkasa.

 Declinasi

 Ia adalah koordinat bulatan, menyerupai kepada Latitud dan Longitud di atas permukaan bumi. Perbezaannya adalah Ascention kanan tidak berputar bersama bumi seperti Longitud (yang dirujuk kepada Meridian Greenwich), tetapi ia diukur berdasarkan kepada titik tetap di ruang angkasa.

Di dalam kata lain ketika bumi berputar di atas paksi Declination dan Latitud adalah sama

.Eccentriciti

Orbit biasanya berbentuk elip. Eccentriciti menerangkan berapa banyak orbit berputar dari bulatan. Nilai eccentri sifat menunjukkan bulatan sempurna, manakala nilai 1.0 pula menunjukkan orbit bertindak seperti yo-yo (garisan lurus).

 Inclinasi

 Sudut satah orbit kaku di dalam darjah berdasarkan kepada satah khatulistiwa bumi. Sudut kurang dari 90 darjah menunjukkan satelit arah timur manakala sudut besar dari 90 darjah menunjukkan satelit arah barat

 Inclinasi tinggi (lebih dari 50 darjah dan kurang dari 130 darjah) menunjukkan orbit polar. Satelit ini boleh dilihat dari latitud yang tinggi. Inclinasi rendah (kurang dari 40 darjah atau besar dari 140 darjah) bermaksud satelit berada berdekatan dengan khatilistiwa dan tidak kelihatan dari latitud tinggi.

 Horizon

 Horizon adalan satah horizontal (melintang) melintasi  Observer.  Elevation antena diukur dari horizon

 Keplerian Elements

Hukum Kepler (Johannes Kepler 1571-1630).  Set-set yang terdiri dari 6 parameter diperlukan untuk menerangkan tentang orbit. Set piawai yang digunakan oleh AMSAT adalah seperti berikut:

Epoch Time

Inclination

RAAN

Eccentricity

Argument of Perigee

Mean Anomaly

Mean Motion

Topik berkaitan

[Simbol][Laman Utama]

 

Berita Satelit Amatur

Seminar mengenai satelit mikro TiungSAT-1 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2002. 20 Kertas Kerja akan dibentangkan oleh penyelidik dari UTM, UPM, USM, UKM, FRIM, MARDI dan KUSTEM. Sila hubungi 607-5502904 atau email Dr. Azmi

 

Berita Operator

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang Satelit TiungSAT-1, sila hubungi Dr. Ahmad Sabirin Atau Khairul

 
Lihat Komen
Tulis Komen

 
  

  Return to Top    

Sebarang pertanyaan sila hubungi orsam2020@lycos.com.  07/24/02